Assalamua'laikum w.b.t
Ni Cik Bal kongsikan antara waktu-waktu mustajab untuk kita berdoa.
Boleh share dekat ramai lagi supaya lebih ramai yang tahu.
😊
😊


Doa seseorang Muslim tetap akan diperkenankan. Sama ada disegerakan di dunia ini, ataupun disimpan doanya pada Hari Akhirat kelak.

Kita meminta apa yang kita tahu dan mahu tetapi Allah SWT memberi apa yang kita perlu dan mampu. Oleh sebab itulah kadang-kadang Allah SWT tidak menunaikan apa yang kita minta tetapi menukarkan permintaan kita kepada yang lebih baik dan selayaknya.

Dalam berdoa, tiada istilah penat dan putus asa, kerana setiap doa yang kita panjatkan akan memberi manfaat kepada kita. Mungkin permintaan kita tidak dimakbulkan hari ini, namun mungkin esok. Mungkin juga bukan esok, tapi ditangguhkan untuk masa akan datang.

Namun, ada juga bukan di dunia, tetapi ditunaikan di Akhirat nanti. Mungkin doa yang kita panjatkan tidak ditunaikan, tetapi diganti dengan pengampunan terhadap dosa dan kemerdekaan daripada api Neraka. Tiada istilah rugi dalam berdoa.


















Yang lebih penting ialah doa kita dimakbulkan. Itulah yang perlu kita fahami. Kadang-kadang doa yang dipanjatkan, ditunaikan dengan segera, namun tidak dinafikan ada yang ditangguhkan untuk suatu masa yang sesuai dan selayaknya.

Semoga bermanfaat.
Ulasan
Catat Ulasan