Assalamua'laikum w.b.t.
Hai! Apa khabar kepada pembaca blog Cik Bal, didoakan semoga kalian diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada didalam Rahmat-Nya. Aamiin
Rasanya belum terlambat lagi untuk diri ini menceritakan pengalaman yang tak seberapa ini kepada pembaca.
Ok, hari ni Cik Bal nak share pengalaman Cik Bal sepanjang berada di 'Kursus Persediaan Pelajar ke Timur Tengah' ataupun 'shortform'nya adalah (KPPTT) pada tahun 2018 ni. Lagi mengembirakan Cik Bal nak cerita pengalaman sepanjang berada di sana antaranya kami merupakan pelajar PERTAMA untuk peserta kursus kali ini di 'Institut Pendidkan Guru Kampus Pendidikan Islam' bertempatkan di Bangi, Selangor. Hehe. Alhamdulillah terpilih untuk menyertai kursus KPPTT Bacth Pertama.
Cara nak sertai kursus ni, adik-adik perlu isi borang 'online' tentang maklumat diri dan keputusan STAM adik-adik dan ada beberapa soalan lagi yang perlu dijawab. Tapi nak sertai kursus ni, adik-adik kena cepat isi borang tu, sebab pengambilan pelajar adalah sangat TERHAD. Kiranya sapa dapat tawaran ke kursus ni adalah merupakan rezeki korang la dan jangan terlepas peluang ni kalau dah terpilih. Hehe
Adik-adik akan tahu sama ada dapat atau tidak untuk sertai kursus ni melalui email adik-adik. Dalam email itu, adik-adik akan dapat 4 dokumen berbentuk PDF. Waktu Cik Bal dapat email yang sukacitanya permohonan Cik Bal diterima. Uishh! Alhamdulillah seronok gilerr, tak tau nak habaq bila mana Cik Bal dapat tawaran ni. Hehe
Cik Bal sertai kursus ni, sebabnya adalah antara ilmu yang kami belajar disini adalah keseluruhannya dalam 'Bahasa Arab' dan kami disini belajar kemahiran 'mendengar', 'membaca', dan 'menulis' dalam bahasa arab. Bagi Cik Bal adalah tersangat bagus untuk join kurus ni sebab di sini adik-adik akan belajar subjek kemahiran mendengar dan bertutur bahasa arab, kemahiran membaca dan menulis bahasa arab, tata bahasa arab, dan ada lagi subjek tambahan iaitu tahsin al-Quran dan akidah. Ha! Best ke Best?
Bagi Cik Bal dapat sertai kursus ni syukur Rahmat lah, sebab ada juga masa terisi sepanjang cuti dan juga sebagai persiapan untuk ke negara Mesir. In Shaa Allah. Walaupun negeri daku di Kedah, akan ku redah ke Bangi, Selangor untuk dapatkan ilmu yang sangat mahal bagiku. Acewahh! Padahal pergi hari tu pun family yang hantar. Hehe
Waktu hari pertama masuk dalam kelas, terpinga-pinga sebab time masuk tu ada kelas kemahiran mendengar bersama Dr. Huda. Ya la, Cik Bal masuk dua hari lewat sebab sebelum tu Cik Bal kena pergi dengar seminar di Ipoh yang mana sapa yang pergi under negeri perak kena pergi, tapi hantar wakil pergi dengar pon tak pa. Cik Bal ni terlebih rajin nak pergi dengar taklimat tu, sebab nak tahu juga maklumat penting yang akan disampaikan nanti.
Ok, sambung baca balik ya. Lepas habis saja kelas kemahiran mendengar, terus exam bertulis. Haha. Waktu tu, Cik Bal terkejut bukan main la, sebab 'first day' masuk terus exam. Sudahlah lama tak buka balik buku arab ni, tapi daku gagahi juga untuk menjawab exam bertulis yang mana otak waktu tu dah lama bersawang. Hehe
Antara ilmu baru yang Cik Bal dapat sepanjang kursus ni adalah ilmu berdebat dalam bahasa arab, time dapat tugasan hari tu fasal debat, terfikir juga yang Cik Bal ni tak pernah lansung masuk debat dari bangku sekolah lagi, tetiba masuk kursus ni kena join debat. Hehe. Tak pa, ilmu debat dapat, pengalaman baru pon dapat. Alhamdulillah.
Selain itu, jangan risau sangat sepanjang keberadaan adik-adik dekat sini, kalau adik-adik tak faham apa-apa tentang pelajaran. Sebab sebelum tugasan diberikan pensyarah dekat sini akan tunjuk flow dekat adik-adik macam mana nak selesaikan tugasan yang diberikan.
Tahu tak, pensyarah dekat sini caring sangat tentang keadaan pelajar dekat sini, kami anggap mereka seperti mak dan ayah kami. Setiap hari pasti tidak sepi dari mendengar nasihat, motivasi dan pengalaman mereka semasa belajar dahulu.
Bagi Cik Bal pensyarah dekat sini sporting dan happy go lucky dan Cik Bal percaya mereka juga menganggap kami seperti anak-anak mereka juga walaupun kami hanyalah anak didik mereka sahaja. Hehe. Terima kasih Cik Bal ucapkan kepada pensyarah di IPG, kerana tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu yang tersangat mahal bagi ku.
Antara aktiviti dekat sini juga, kami berpeluang melawat dan bersiar-siar ke Taman Batoni di Putrajaya yang mana di sana kami ada aktiviti yang best iaitu explorace. Explorace dalam bahasa arab juga ya, senang kata semua aktiviti dekat kursus ni bahasa perantaraan kami merupakan bahasa arab.
Adik-adik jangan block kan pemikiran adik-adik dengan perasaan takut, tak best, boring atau apa-apa sepanjang kursus ni, sebab nanti lagi susah adik-adik nak terima input daripada pensyarah yang mengajar kita sepanjang kursus ni. Faham ke faham? Cik Bal pesan dekat sini bukan apa, sebab kita akan dapat mengikut apa yang kita fikirkan.
Mula-mula mungkin akan rasa kekok sikit untuk bercakap dalam bahasa arab dengan rakan-rakan dan pensyarah tapi kalau adik-adik buang sikap takut dan malu tak bertempat tu, In Shaa Allah semua akan jadi mudah. Hehe. Apa yang penting cuba dulu, bak kata orang puteh 'practice make perfect'. Biar salah, asalkan terus dan terus mencuba untuk baiki kesalahan tu baru lah lama-lama kita akan jadi power dan semakin tahu kelemahan kita dekat mana.
Kursus dekat sini berjalan selama dua bulan sahaja, tapi ilmu serta pengalaman adik-adik dekat sini gila susah nak cari dekat tempat lain sebab memang banyak perkara baru setiap hari yang korang akan dapat.
Ok lah, apa kata Cik Bal belanja gambar dekat korang sepanjang kursus di sini bersama sahabat-sahabat baru yang mana sama-sama susah dan senang. Izinkan untuk Cik Bal share ya. Hehe
Setakat ini sahaja perkongsian Cik Bal buat kali ini, harap dapat membantu serba sedikit tentang program selama dua bulan bertempatkan IPG, Bangi, Selangor. Cik Bal doakan selamat maju jaya dan semoga menjadi insan yang berguna kepada agama, keluarga, masyarakat, dan negara. Aamiin.

![]() |
Ni gambar Cik Bal bersama pensyarah dan sahabat-sahabat. Lupa pulak nak bagi tahu , Cik Bal dari majmuah 2 darpada 4 majmuah yang ada dekat sini . Hehe |
Cara nak sertai kursus ni, adik-adik perlu isi borang 'online' tentang maklumat diri dan keputusan STAM adik-adik dan ada beberapa soalan lagi yang perlu dijawab. Tapi nak sertai kursus ni, adik-adik kena cepat isi borang tu, sebab pengambilan pelajar adalah sangat TERHAD. Kiranya sapa dapat tawaran ke kursus ni adalah merupakan rezeki korang la dan jangan terlepas peluang ni kalau dah terpilih. Hehe
Adik-adik akan tahu sama ada dapat atau tidak untuk sertai kursus ni melalui email adik-adik. Dalam email itu, adik-adik akan dapat 4 dokumen berbentuk PDF. Waktu Cik Bal dapat email yang sukacitanya permohonan Cik Bal diterima. Uishh! Alhamdulillah seronok gilerr, tak tau nak habaq bila mana Cik Bal dapat tawaran ni. Hehe
Cik Bal sertai kursus ni, sebabnya adalah antara ilmu yang kami belajar disini adalah keseluruhannya dalam 'Bahasa Arab' dan kami disini belajar kemahiran 'mendengar', 'membaca', dan 'menulis' dalam bahasa arab. Bagi Cik Bal adalah tersangat bagus untuk join kurus ni sebab di sini adik-adik akan belajar subjek kemahiran mendengar dan bertutur bahasa arab, kemahiran membaca dan menulis bahasa arab, tata bahasa arab, dan ada lagi subjek tambahan iaitu tahsin al-Quran dan akidah. Ha! Best ke Best?
![]() |
Haha . Nampak macam kena denda kan, tapi ni lah antara aktiviti yang kami lakukan dalam kelas. |
Bagi Cik Bal dapat sertai kursus ni syukur Rahmat lah, sebab ada juga masa terisi sepanjang cuti dan juga sebagai persiapan untuk ke negara Mesir. In Shaa Allah. Walaupun negeri daku di Kedah, akan ku redah ke Bangi, Selangor untuk dapatkan ilmu yang sangat mahal bagiku. Acewahh! Padahal pergi hari tu pun family yang hantar. Hehe
Waktu hari pertama masuk dalam kelas, terpinga-pinga sebab time masuk tu ada kelas kemahiran mendengar bersama Dr. Huda. Ya la, Cik Bal masuk dua hari lewat sebab sebelum tu Cik Bal kena pergi dengar seminar di Ipoh yang mana sapa yang pergi under negeri perak kena pergi, tapi hantar wakil pergi dengar pon tak pa. Cik Bal ni terlebih rajin nak pergi dengar taklimat tu, sebab nak tahu juga maklumat penting yang akan disampaikan nanti.
Ok, sambung baca balik ya. Lepas habis saja kelas kemahiran mendengar, terus exam bertulis. Haha. Waktu tu, Cik Bal terkejut bukan main la, sebab 'first day' masuk terus exam. Sudahlah lama tak buka balik buku arab ni, tapi daku gagahi juga untuk menjawab exam bertulis yang mana otak waktu tu dah lama bersawang. Hehe
Antara ilmu baru yang Cik Bal dapat sepanjang kursus ni adalah ilmu berdebat dalam bahasa arab, time dapat tugasan hari tu fasal debat, terfikir juga yang Cik Bal ni tak pernah lansung masuk debat dari bangku sekolah lagi, tetiba masuk kursus ni kena join debat. Hehe. Tak pa, ilmu debat dapat, pengalaman baru pon dapat. Alhamdulillah.
![]() |
Sekarang tugasan macam temu duga jugak lah,tapi seperti biasa dalam bahasa arab. |
![]() |
Ni kumpulan lain, tapi aktiviti yang sama. |
![]() |
Gambar kumpulan yang sedang berdebat yang mana terdiri daripada pihak kerajaan dan pembangkang. |
Selain itu, jangan risau sangat sepanjang keberadaan adik-adik dekat sini, kalau adik-adik tak faham apa-apa tentang pelajaran. Sebab sebelum tugasan diberikan pensyarah dekat sini akan tunjuk flow dekat adik-adik macam mana nak selesaikan tugasan yang diberikan.
Tahu tak, pensyarah dekat sini caring sangat tentang keadaan pelajar dekat sini, kami anggap mereka seperti mak dan ayah kami. Setiap hari pasti tidak sepi dari mendengar nasihat, motivasi dan pengalaman mereka semasa belajar dahulu.
![]() |
Gambar bersama pensyarah iaitu Dr. Huda, Ustaz Bakri dan Ustazah Asmaniza dan sahabat-sahabat di luar kelas. |
![]() |
Gambar bersama Ustaz Bani bersama hadiah tulisan khat dari kami. |
Bagi Cik Bal pensyarah dekat sini sporting dan happy go lucky dan Cik Bal percaya mereka juga menganggap kami seperti anak-anak mereka juga walaupun kami hanyalah anak didik mereka sahaja. Hehe. Terima kasih Cik Bal ucapkan kepada pensyarah di IPG, kerana tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu yang tersangat mahal bagi ku.
Antara aktiviti dekat sini juga, kami berpeluang melawat dan bersiar-siar ke Taman Batoni di Putrajaya yang mana di sana kami ada aktiviti yang best iaitu explorace. Explorace dalam bahasa arab juga ya, senang kata semua aktiviti dekat kursus ni bahasa perantaraan kami merupakan bahasa arab.
![]() |
Gambar ni pulak dekat Taman Batoni, Putrajaya. Ni gambar selepas habis daripada explorace. Huhu |
Adik-adik jangan block kan pemikiran adik-adik dengan perasaan takut, tak best, boring atau apa-apa sepanjang kursus ni, sebab nanti lagi susah adik-adik nak terima input daripada pensyarah yang mengajar kita sepanjang kursus ni. Faham ke faham? Cik Bal pesan dekat sini bukan apa, sebab kita akan dapat mengikut apa yang kita fikirkan.
![]() |
Ok bentang jangan tak bentang. Hehe |
![]() |
Semua dengar ya saya nak terang ni. |
![]() |
Ada ideal lagi tak? Nak tulis apa ya. Hehe |
![]() |
Lekas tolong bagi ideal jup. Hehe |
Mula-mula mungkin akan rasa kekok sikit untuk bercakap dalam bahasa arab dengan rakan-rakan dan pensyarah tapi kalau adik-adik buang sikap takut dan malu tak bertempat tu, In Shaa Allah semua akan jadi mudah. Hehe. Apa yang penting cuba dulu, bak kata orang puteh 'practice make perfect'. Biar salah, asalkan terus dan terus mencuba untuk baiki kesalahan tu baru lah lama-lama kita akan jadi power dan semakin tahu kelemahan kita dekat mana.
Kursus dekat sini berjalan selama dua bulan sahaja, tapi ilmu serta pengalaman adik-adik dekat sini gila susah nak cari dekat tempat lain sebab memang banyak perkara baru setiap hari yang korang akan dapat.
Ok lah, apa kata Cik Bal belanja gambar dekat korang sepanjang kursus di sini bersama sahabat-sahabat baru yang mana sama-sama susah dan senang. Izinkan untuk Cik Bal share ya. Hehe
![]() |
Gambar bersama Ustaz Zainudin semasa jadi setiausaha explorace dekat IPG dengan Syazana yang cute miuut tu.☺☺ |
![]() |
Gambar dekat Putrajaya. Yuhuu |
![]() |
Alhamdulillah. Yeah! dapat tempat ketiga dalam pertandingan nasyid. Nama kumpulan kami adalah 'Amirah Isti'dadiah'. |
![]() |
Kumpulan lelaki daripada majmuah 2 dapat hadiah berlakon cerita pendek. |
![]() |
Gambar selepas konvokesyen beramai-ramai. Tangkap gambar dengan pensyarah yang mengajar kami pulak. |
![]() |
Kumpulan perempuan pon dapat hadiah juga, kami dapat tempat pertama dalam video pendek. Alhamdulillah |
![]() |
Bersama Dr. Huda yang tercinta. |
![]() |
Dekat sini juga kami ada aktiviti bermain bola jaring. Cuba teka kumpulan mana yang menang? Hehe |
![]() |
Muka lega lepas habis perform nasyid. Huhu |
![]() |
Subhan Allah, sedap oo tekong nasyid punya suara. |
![]() |
Ini lah jawapannya, kumpulan kami menang dalam pertandingan bola jaring. Alhamdulillah. |
![]() |
Ni gambar last kami dalam program setiap hari Jumaat iaitu 'Mulazamah al-Quran. |
![]() |
Uhuk..Uhukk, hari ni Cik Bal kena jadi pengerusi majlis la. Hoho. |
![]() |
Kami ada buat jamuan sikit sebelum habis kursus ni. |
![]() |
Semua seronok tengok pelajar IPG ada sukaneka pada hari tu. |
![]() |
Alhamdulillah dah habis konvokesyen. Tahniah semua sebab berjaya habiskan kursus ini dengan jayanya. |
![]() |
Bergambar dulu bersama Dr. Huda and the geng. |
![]() |
Antara kenangan yang boleh disimpan. |
![]() |
Saya di sini. Hehe |
![]() |
Terima kasih semua. |
Setakat ini sahaja perkongsian Cik Bal buat kali ini, harap dapat membantu serba sedikit tentang program selama dua bulan bertempatkan IPG, Bangi, Selangor. Cik Bal doakan selamat maju jaya dan semoga menjadi insan yang berguna kepada agama, keluarga, masyarakat, dan negara. Aamiin.
Ulasan
Catat Ulasan