Semoga sehat-sehat selalu kepada pembaca yang sudi membaca blog Cik Bal .
Hari ni Cik Bal tergerak hati nak menaip tajuk 'beras perang' ni . Nak bagi semua orang tahu tentang kebaikan beras perang ni . Kalau boleh nak satu donia (baca:dunia) tahu . Kihkihkih
Ok, jom baca post Cik Bal kali ini. Semoga bermanfaat😊
1. Dalam beras perang ni mempunyai sumber mineral yang sangat penting untuk mengelakkan daripada pelbagai penyakit.
2. Tahu tak sahabat-sahabat positif yang nak sehat sekalian , satu cawan beras perang dapat memberikan 80% keperluan mangan untuk seharian kita. Subhan Allah , hebat kan?
Lepas tu kan , ianya juga dapat membantu menghasilkan asid lemak penting yang membina kolestrol sihat. Ha , bila kolestrol baik ada dalam badan. Maka ,akan baik lah juga sistem pembaikan dan sistem saraf.😉
3. Beras perang ni juga dapat mengurangkan LDL kolestrol (kolestrol jahat). Ha seronokkan dapat kurangkurangkan kolestrol jahat dalam badan . Ok bye, bye kolestrol jahat. Kihkihkih😂
4. Part ni, memang semua orang suka. Cik Bal pon sama .Hehe
Tambah-tambah yang jenis jaga badan dan nak kurus secara sehat. Mesti pelik kan, kenapa?
Meh nak khabor.
Beras perang ni kaya dengan gentian dan mempunyai keupayaan untuk mengekalkan fungsi usus yang sihat, beras perang 'menggerakkan sesuatu' dengan cara menggalakkan penurunan berat badan dan meningkatkan fungsi metabolik. Selepas kita ambik satu mangkuk beras perang, kita akan merasa lebih kenyang walaupun makan dengan jumlah yang lebih sedikit. Tu yang syok kan? 😂
5. Beras perang mengandungi lebih bijirin, berbanding beras putih. Kajian menunjukkan bahawa enam hidangan bijirin yang penuh setiap minggu dapat menurunkan penciptaan plak pada arteri serta dapat mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung serta masalah kolesterol tinggi. Syoknya❤
6. Ramai yang tidak 'sedar' bahawa beras perang juga merupakan sumber antioksidan baik untuk diri kita.
7. Dengan pengambilan bijirin penuh (whole grain) kajian mengatakan seperti beras perang dapat menurunkan kadar kanser kolon. Ini mungkin disebabkan kandungan seratnya yang tinggi. Serat sebenarnya melekat kepada bahan-bahan penyebab kanser dan toksin, membantu untuk menghapuskan mereka (kanser dan toksin) dari badan, dan menjaga daripada melekat pada sel-sel di dalam usus kita. Beras perang juga mengandungi komponen yang diperlukan untuk menstabilkan penghadaman, mencegah atau melegakan sembelit dan menggalakkan fungsi usus yang baik. TerBaikk😘
8. Bila cakap fasal gula, teringat pula Cik Bal dengan pesakit diabetes (kencing manis). Beras perang boleh membantu menstabilkan kandungan gula darah dengan mengeluarkan gula secara perlahan-lahan tidak seperti beras putih. Mungkin boleh dijadikan beras perang pilihan yang lebih baik untuk yang menghadapi penyakit kencing manis serta untuk semua orang juga untuk sehat dan bahagia.😊
Semoga pembaca seronok dengan post kali ini. Cik Bal izinkan untuk kongsi dengan orang lain di luar sana. Sama-sama ajak orang lain untuk hidup dengan gaya hidup sehat. In shaa Allah😊
Team NECK
CIK BAL
011-13200769









Ulasan
Catat Ulasan