Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2018

Mencari Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Assalamua'laikum w.b.t Dengan sifat Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, tiada had masa dan had waktu yang membatasi kita untuk memanjatkan doa kepada-Nya. Peluang dibentangkan seluas-luasnya, sama ada siang atau malam. Namun, di sana kita perlu mengintai-intai masa dan waktu keemasan untuk kita berdoa. Waktu-waktu yang mustajab doa . Ni Cik Bal kongsikan antara waktu-waktu mustajab untuk kita berdoa. Boleh share dekat ramai lagi supaya lebih ramai yang tahu. 😊 Sekiranya kita bertemu dengan waktu-waktu tersebut, rebutlah peluang ini dengan sebaik mungkin. Panjatkan doa dengan penuh keikhlasan dan tawaduk serta penuh kesungguhan . Kita sebagai yang menghafaz al-Quran, jangan lupa untuk berdoa agar Allah SWT memperkenankan doa kita bagi membuka jalan dan memudahkan kita menghafaz al-Quran. Doa seseorang Muslim tetap akan diperkenankan. Sama ada disegerakan di dunia ini, ataupun disimpan doanya pada Hari Akhira...

Keistimewaan Cinch Shake Mix Shaklee

Assalamua'laikum w.b.t Selamat datang kepada pembaca blog Cik Bal yang disayangi .Terima kasih kerana sudi singgah untuk membaca entry dari Cik Bal pada hari ini .😊 Cik Bal doakan semoga pembaca dikurniakan nikmat sihat yang baik supaya mudah untuk kita melakukan apa segala aktiviti seharian dan juga mudah dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT . Hari ini, Cik Bal nak share dekat korang fasal keistimewaan 'Cinch Shake Mix Shaklee'. Tahu tak ,sebenarnya Cinch Shake Mix Shaklee ni boleh bantu azam korang untuk turun berat badan ataupun untuk siapa sahaja yang hendak mengekalkan berat badan . Ha, kalau korang nak menurunkan berat badan dengan berkesan ,inilah caranya. 😍 Antara keistimewaan Cinch Shake Mix Shaklee : Meh baca keistimewaan saya.  Satu hidangan Cinch Shake Shaklee membekalkan kepada kita 24 gram protien, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. Selalunya kan, kalau diet yang tak seimbang mesti kita akan rasa tak larat...

Pengalaman Daku Sepanjang Kursus Persediaan Pelajar ke Timur Tengah 2018

Assalamua'laikum w.b.t. Hai! Apa khabar kepada pembaca blog Cik Bal, didoakan semoga kalian diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada didalam Rahmat-Nya. Aamiin Rasanya belum terlambat lagi untuk diri ini menceritakan pengalaman yang tak seberapa ini kepada pembaca. Ok, hari ni Cik Bal nak share pengalaman Cik Bal sepanjang berada di 'Kursus Persediaan Pelajar ke Timur Tengah' ataupun 'shortform'nya adalah (KPPTT) pada tahun 2018 ni. Lagi mengembirakan Cik Bal nak cerita pengalaman sepanjang berada di sana antaranya kami merupakan pelajar PERTAMA untuk peserta kursus kali ini di 'Institut Pendidkan Guru Kampus Pendidikan Islam' bertempatkan di Bangi, Selangor. Hehe. Alhamdulillah terpilih untuk menyertai kursus KPPTT Bacth Pertama. Ni gambar Cik Bal bersama pensyarah dan sahabat-sahabat. Lupa pulak nak bagi tahu , Cik Bal dari majmuah 2 darpada 4 majmuah yang ada dekat sini . Hehe Cara nak sertai kursus ni, adik-adik perlu isi borang ...